Kaitan dengan JI Noordin_Mohammad_Top

Beliau dianggap antara pembuat bom utama dan/atau pembiaya kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), dan dikatakan telah meninggalkan JI untuk menubuhkan kumpulan serpihan Al-Qaeda di Nusantara yang lebih ganas.[3] Agensi A.S. FBI melaporkan bahawa Noordin adalah seorang pakar letupan, selain bertindak menjadi "pegawai, perekrut, dan pelatih untuk Jemaah Islamiah."[4]

Bekas pensyarah dan akauntan ini mendapat perhatian antarabangsa selepas kejadian serangan bom di Bali, Indonesia pada tahun 2002 dan serangan bom di Hotel J.W. Marriott Jakarta pada tahun 2003 dan 2009.

Selepas polis Malaysia mengesan dan menangkap ahli JI selepas peristiwa 11 September, beliau telah melarikan diri ke Indonesia . Ketika di Indonesia, dia menggunakan nama samaran Abdurrachman Aufi. Noordin bertindak sebagai penasihat kewangan kerana berkelulusan akauntan. Sementara Dr. Azahari Husin bertindak sebagai pembuat bom.

Noordin dilaporkan terbunuh dalam satu serbuan polis di Solo, Jawa Tengah pada 17 September 2009.[2]

Rujukan

WikiPedia: Noordin_Mohammad_Top http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.reuters.com/article/newsMaps/idUSTRE58G... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/D... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/... http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/4302368.st...